Program Infaq Ramadan 2026 (Minggu Pertama)
Pada 25 Februari 2026, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Teknologi Maklumat (KSKJTM) telah menganjurkan satu program kebajikan sempena bulan Ramadan iaitu Infaq Makanan/Minuman Ramadan. Program ini berlangsung dari 3.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di ruang pejabat JTM, dengan penglibatan aktif semua ahli jawatankuasa yang bersama-sama menjayakan agihan tersebut.
Juadah yang diagihkan merupakan hasil sumbangan ikhlas daripada ahli AJK KSKJTM, melibatkan 150 keping murtabak dan 100 bekas dadih. Sumbangan ini bukan sahaja menzahirkan keprihatinan terhadap warga kerja JTM, malah melambangkan budaya saling memberi dan berkongsi rezeki dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan. Melalui perkongsian hidangan ini, ia membantu membina suasana kerja yang lebih harmoni, mengukuhkan ukhwah, serta memupuk rasa kebersamaan antara warga jabatan. Selain itu, diharapkan program ini menjadi asbab kebaikan dan keberkatan sepanjang bulan Ramadan, serta menggalakkan budaya saling menyantuni, menghargai dan menyokong antara satu sama lain.
Bagi memastikan manfaat infaq dapat dirasai secara menyeluruh, pembahagian dilaksanakan secara berfasa. Agihan seterusnya akan diteruskan mengikut jadual berikut:
🔴 Rumah Merah – 3 Mac (Selasa)
🟡 Rumah Kuning – 5 Mac (Khamis)
🟢 Rumah Hijau – 10 Mac (Selasa)
🔵 Rumah Biru – 12 Mac (Khamis)
Pendekatan berstruktur ini memastikan setiap kumpulan dapat menikmati manfaat infaq secara adil dan teratur, di samping memperkukuh hubungan antara ahli KSKJTM dan seluruh keluarga besar JTM.
Created date: 27 Feb 2026 11:07
Updated date: 20 Apr 2026 17:57